CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 19 November 2008

SEJARAH PRASEKOLAH SK AMPANG TINGGI

Kelas Prasekolah SK Ampang Tinggi diwujudkan berikutan peluasan prasekolah tahun 2004. Kerja-kerja pengubahsuaian telah dilakukan pada penghujung tahun 2003 dengan mengambil kelas lama sebagai tapak prasekolah.

Pemilihan murid prasekolah bagi sessi 2004 telah dibuat pada September 2003 dengan pengambilan murid seramai 23 orang. Pada 05 Januari 2004 bermulalah lembaran baru kewujudan prasekolah SK Ampang Tinggi yang pertama.

Guru prasekolah bagi sessi 2004 ialah Pn. Nor Aida bt Abu Hasan guru yang mempunyai pengalaman yang luas sebelum mengajar di prasekolah. Pembantu prasekolah pula ialah Pn. Salimah bt Hamim yang telah dipilih oleh pihak Jabatan Pendidikan N.Sembilan melalui temuduga.

Pada tahun 2005 sebuah kelas prasekolah telah dwujudkan hasil ubah suai bekas kantin lama yang terdapat di sekolah itu. Guru yang di tugaskan ialah Pn. Siti Marziah bt Mohd Yusoff yang telah mengikuti kursus 14 M Prasekolah di Maktab Penguruan Raja Melewar pada tahun 2003. Pembantu yang telah ditugaskan di situ ialah Pn.Rohayah bt Sulaiman. En.Kamarudin b Said merupakan guru besar di Sekolah Ampang Tinggi. Beliau telah memberi nama bagi kedua-dua kelas tersebut iaitu Pra Bijak bagi kelas Pn.Nor Aida dan Pra Bestari bagi kelas Pn.Siti Marziah.

Lagu Sekolah


SEKOLAH KEBANGSAAN AMPANG TINGGI
SEKOLAH YANG SANGAT PERMAI
BERUSAHA MENCAPAI CITA - CITA
DISIPLIN DIUTAMA

ILMU SANGATLAH BERGUNA
PEDOMAN DI HARI MUKA
TUNTUTLAH ILMU SETIAP MASA
DI SEKOLAH TERCINTA

MAJULAH
SEKOLAH KEBANGSAAN AMPANG TINGGI

Selamat Datang













Selamat datang ke Kelas Prasekolah Bestari.


Saya, Siti Marziah Bt Mohd Yusoff merupakan guru prasekolah kelas ini. Saya dibantu oleh Pembantu Pengurusan Murid, Puan Rohayah Bt Sulaiman.